Wednesday, November 18, 2009

ADIK PANDAI

VCD KANAK-KANAK BERTAJUK ADIK PANDAI ( DAPATKAN DI PASARAN)

DAPATKAN VCD ADIK PANDAI DI PASARAN SEKARANG

Harga pasaran: rm19.90
Harga promosi untuk pembeli online - rm 16.90 termasuk harga pos.

Setiap pembelian akan didermakan sebanyak RM 1.00 kepada:

RUMAH KASIH SAYANG
no; 29 jalan Tasik Puteri
48020
Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Untuk tempahan anda boleh menghubungi:

TEL: +6013-4152401
E-MAIL: uqbah09@yahoo.com


VCD INI MENGANDUNGI KAEDAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERUSIA 2 HINGGA 4 TAHUN.

KANDUNGAN:

- NASYID MARI MENGENAL ABC
- NASYID ABC DAN PERKATAAN
- NASYID MENGENAL HURUF-HURUF AL QURAN
- NASYID MENGENAL NOMBOR ( DIDALAM BAHASA MELAYU/INGGERIS/ARAB)

JUGA MADAH-MADAH NASIHAT DAN KAEDAH-KAEDAH MENYEBUT UNTUK
MEMUDAHKAN ANAK-ANAK MEMBACA DAN MENGIRA DIDALAM BAHASA
MALAYSIA/INGGERIS DAN ARAB.


AYAT IHDINASHIRATOL MUSTAQIM BHGN 3


Kawan-kawan yang dikasihi

Bismillahir rahmanir rahim.

Ayat ini ditujukan kepada setiap generasi, daripada generasi terdahulu sehinggalah generasi sekarang,kerana generasi Rasulullah 1400 tahun dahulu, tidak sama dengan generasi 1300 tahun yang lalu juga berlainan dengan generasi 1200 tahun yang telah lepas. Ertinya generasi kurun pertama dan kedua berbeza.

Apakah perbeazaannya.

Bila manusia berkembang, dengan semakin ramainya manusia dan semakin tingginya kemajuan, maka kebudayaan juga menjadi semakin banyak.Ajaran-ajaran juga menjadi semakin bertambah.Diwaktu zaman Rasulullah dan generasinya, jalan-jalan yang sesat tidak banyak. Pada masa itu jalan sosialis, demokrasi dan komunisme belum ada. Yang kita dengar adalah sistem politik feudalisme dan kapitalisme.Itu adalah bersifat ideologi.

Jalan yang bersifat agama diwaktu itu yang telah wujud, adalah Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha.Tetapi pada hari ini jalan agama dan fahaman politik terlalu banyak.

Sedangkan jalan-jalan itu ada juga yang bersifat maknawi, rohani dan lahiriah.Jadi jikalau di zaman Rasulullah dahulu sudah ada 6 atau 7 jalan, mungkin dizaman sekarang sudah ada 30 jalan yang sedang menganggu jalan Tuhan. Sebab itu di akhir zaman ini lebih banyak jalan yang sesat dari zaman dahulu.

Semakin ke hujung zaman, semakin banyak jalan, maka semakin susahlah untuk umat Islam itu selamat. Sedangkan jalan yang lurus itu hanya lah satu.Jalan-jalan yang sesat itu pula sudah banyak dan bercampur aduk.

''Dan mereka yang bermujahadah di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan.''

Di dalam hendak mengikuti jalan Tuhan ini, setelah difahami ilmunya yang bersifat maknawi, dan setelah roh sudah pun bersedia, hendaklah faham apa yang Allah kehendaki dan faham apa yang Allah tidak kehendaki.Semua ini ada hubungankaitnya dengan mujahadah.

Diatas jalanraya-jalanraya di dunia ini, kenderaan selalu berlanggar satu sama lain kerana para pemandunya tidak sanggup bermujahadah. Pemandu yang sepatutnya bermujahadah itu seharusnya memandu dengan berhati-hati dan bersabar. Tetapi kerana tidak sanggup bermujahadah,maka berlakulah perlanggaran antara satu sama lain.

Maka jalan Tuhan itu ada hubungannya dengan mujahadah. Kalau tidak bermujahadah, kita tidak akan berjaya dan tidak akan menjadi orang yang baik.

Tuhan hanya bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.Orang-orang yang bermujahadah menempuh jalan Tuhan, maka itu lah yang dikatakan orang yang berbuat baik.

Tuhan tidak berfirman,''Aku menolong orang yang berbuat baik,'' tetapi,''Aku bersama orang yang berbuat baik.''

'Bersama' didalam ayat ini bermaksud sangat rapat atau akrab. Jika ayatnya,'' Aku menolong orang yang berbuat baik,'' yang demikian itu boleh jadi jauh dan tidak rapat.

Bila kita menolong seseorang itu, antara caranya adalah kita boleh meminta orang lain sampaikan (dikirim) sahaja. Berlainan pula jika dikatakan kita bersama seseorang, itu menunjukkan begitu rapatnya persahabatan.

Orang-orang bertaqwa itu seolah beriring-iringan. Kalau rohnya hidup,kemana pun dia tidak akan berasa takut sebab dia merasa kehadiran Tuhan bersama-samanya.

Jadi bila Allah berkata Dia bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik, bererti betapa dekatnya Tuhan dengan orang itu. Jangan pula digambarkan dekat itu secara fizikal. Seolah-olah Tuhan pun berfizikal macam kita!

Maha suci Tuhan daripada berdekatan secara fizikal dengan kita.

Jadi kejayaan menempuh jalan Tuhan ini ditentukan oleh berupaya atau tidak kita dalam bermujahadah. Jika boleh bermujahadah, insyaAllah selamat. Kalau tidak bermujahadah, maka kita tidak akan selamat.