Monday, January 19, 2009

mujaddid

1. MAKSUD MUJADDID

Di zaman ketika masih ada Nabi dan Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW manusia diminta bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi.

Firman Allah SWT : “Bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.”

Untuk menyelamatkan umat Islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar yang bertaraf mujaddid (pembaharu).

Rasulullah saw pernah bersabda : ‘Sesungguhnya ALLAH akan mengutus pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya. ”

Mujaddid berasal dari perkataan jaddada

yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddidun

Jaddada :dia telah membaharui

yujadidu :dia sedang atau akan membaharui

tajdidan :pembaharuan

mujadidun :orang yang membawa pembaharuan

Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu.

Apakan maksud memperbaharui urusan agama? Adakah dia membaharui isi Al Quran, atau isi Hadis atau isi Islam? Tidak. Ia tetap membawa Al Quran, Hadis dan akhlak Islam, isi yang lama yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mendapat ilham dari Allah dan membawa satu penafsiran baru tentang Al-Qur’an dan Hadis.

Penafsirannya yang bersumber dari ilham itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dia tidak hanya menafsirkannya tetapi juga mengamalkan tafsiran tersebut dalam diri, keluarga, jamaah dan perjuangannya. Dialah Al Qur’an dan ‘hadis berjalan’ di kurun itu.

Hasil dari keindahan Islam yang dibawa dan diperjuangkannya, banyak orang yang sangat fanatik dalam mencintai dan mengikutinya, tetapi tidak kurang juga yang sangat menentangnya, kerana tidak faham atau hasad dengki dengannya.

Dia juga membawa style yang baru yang tidak pernah ditempuh oleh orang lain selama ini. Hingga Islam dapat diamalkan oleh masyarakat.

Dengan kata-kata lain, agama yang sudah lama ditinggalkan itu dapat dihidupkan kembali oleh mujaddid tersebut dengan menggunakan method, uslub, teknik, strategi dan kaedah baru yang sesuai dengan fikiran dan suasana zamannya.

Dalam ajaran Islam ini tujuan dan matlamat tidak boleh berubah tetapi method dan uslub boleh berubah sesuai dengan fikiran manusia yang senantiasa berubah dan keadaan masa di zaman itu.

Sebab itu sekiranya ada seorang pemimpin tetapi dia ikut style yang lama, walau bagaimana hebat sekalipun kepemimpinannya tidak dianggap sebagai mujaddid. Lebih- lebih lagi kalau lahirnya bukan di awal kurun.

Kerana zaman dan situasi yang berbeza antara satu mujaddid dengan mujaddid lain,maka style antara satu mujaddid dengan mujaddid yang lain juga tidak sama. Tekniknya berbeza tetapi perkara yang diperjuangkan adalah sama yaitu mengajak manusia kepada Allah SWT Sebab itu jika kita mengkaji sejarah walaupun Islam tidak menjadi imperium tetapi di tangan mujaddid, Islam tetap hidup dan berkembang. Masih berlaku kesyumulan Islam dalam jemaah pimpinannya.

Jadi mujaddid itu tidak membawa agama yang baru, kerana tidak ada Nabi dan Rasul selepas Rasulullah. Dia hanya membawa ajaran Rasulullah. Supaya ajaran Rasulullah SAW itu diamalkan oleh masyarakat, maka dia meniti di atas teknik, method, uslub, cara, kaedah, style dan strategi yang baru yang sesuai dengan kerosakan yang berlaku di zamannya. Sebab itu orang mudah menerimanya, sedangkan pejuang-pejuang lain di zamannya masih lagi mengekalkan style dan cara yang lama. Sebab itu masyarakat tidak dapat menerima mereka. Tetapi pejuang-pejuang yang tidak faham ini kadang-kadang menyalahkan masyarakat yang tidak mahu menerima Islam. Padahal bukan masyarakat yang tidak mahu Islam, tetapi kaedah mereka yang gagal untuk menarik minat orang kepada Islam.Tetapi kepada mujaddid, ALLAH membekalkan padanya melalui ilham satu cara, method dan kaedah yang tersendiri.

Sehingga hati-hati manusia dapat menerima kaedah perjuangannya.

2. KEDATANGAN MUJADDID MEMPERBAIKI YANG ROSAK

Dengan kasih sayang Tuhan, selepas kewafatan Rasulullah SAW didatangkan setiap seratus tahun seorang mujaddid. Kedatangan seorang mujaddid yang membawa satu kaedah, cara teknik dan metod baru yang sesuai di kurunnya, bertujuan untuk memperbaiki yang rosak di waktu itu. Metod itu hanya menyangkut perkara yang telah rosak saja. Supaya yang rosak itu dapat dibetulkan dengan menggunakan metod yang baru.

Ini bererti, semakin kehujung semakin banyak yang rosak dan perlu dibaiki, makin banyaklah yang hilang, banyak yang rosak, banyak yang biasa wujud sudah tidak wujud lagi. Ertinya mujadid yang datang makin ke hujung, makin berat tanggung jawabnya. Sebab makin ke hujung makin banyak perkara dalam agama Islam yang sudah rosak.

Kalau begitu, tugas mujaddid pertama tidaklah seberat mujadid kedua. Tugas mujadid kedua tidak seberat mujaddid ketiga. Juga tugas mujadid ketiga tidak seberat mujaddid keempat. Tugas yang keempat tidak seberat yang kelima dan begitulah seterusnya.

Sebagai contoh, mujaddid pertama ialah Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Dia membawa pembaharuan hanya berkaitan dengan masalah negara saja. Dia tidak menyentuh soal ibadah, akhlak, masyarakat atau ekonomi. Sebab di zamannya semua aspek itu tidak rosak. Yang rosak ialah soal pemerintahan negara.

Begitu juga kedatangan mujaddid kedua, Imam Syafie. Dia datang bukan untuk membetulkan masalah ibadah, akhlak, ekonomi, atau masyarakat. Dia menyelesaikan hal-hal mengenai ulama. Sebelum kedatangan Imam Syafie, ulama-ulama memberi fatwa tanpa ada kaedah atau cara. Pada masa itu, orang membuat hukum dan fatwa tidak mengikut prosedur. Maka Imam Syafie pun membuat kaedah. Lahirlah dua kaedah yaitu usul fiqh dan khawaidul fiqhiyah. Sampai sekarang ulama menerima dan memakai kaedah ini. Jadi Imam Syafie datang untuk menyelesaikan masalah ijtihad.

Di waktu kedatangan mujaddid ketiga, Imam Abu Hassan Asyaari, yang rosak adalah aqidah. Sebab di waktu itu Islam sudah mulai meluas, falsafah Barat dan Yunani sudah meresap masuk ke dalam Islam. Jadi mujaddid ini tidaklah menyentuh hal-hal ekonomi, akhlak dan ibadah, tetapi membetulkan aqidah yang sudah keliru. Sebab itu ada kaedah sifat 20 itu dalam ilmu tauhid dan usuluddin.

Begitulah pula datang mujaddid seterusnya, Imam Fakhrurrazi. Dia membuat kaedah bagaimana mentafsirkan Al Quran.

Kemudian, kerosakan semakin bertambah berat. Islam sudah terpecah-pecah. Ibadah sudah tidak ada hubungan dengan akhlak. Aqidah pula seolah-olah tersendiri.

Datanglah mujaddid seterusnya yaitu Imam Ghazali, membawa suatu kaedah untuk menggabungkan ketiga-tiga asas agama yaitu tauhid, fikih dan tasawuf. Dalam setiap amalan umat Islam mesti terangkum tauhid, fikh dan tasawuf. Sebab ketiga-tiga asas tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain.

Kalau begitu, makin ke hujung makin besarlah masalah umat Islam. Di kurun ini semua masalah sudah wujud. Sistem pemerintahan sudah rosak, masyarakat rosak, rakyat rosak, ibadah rosak, aqidah rosak, akhlak rosak, tauhid rosak, ekonomi rosak, politik rosak, dan macam-macam lagi yang sudah rosak.

Ertinya seluruh aspek kehidupan itu sudah tidak dikaitkan dengan Allah. Sebab itu kedatangan mujaddid di kurun ini tentulah keadaannya lebih sulit lagi dan sangat ditentang. Apabila hendak membetulkan semua perkara tadi, semua golongan yang terlibat dalam kerosakan itu yang mungkin belum faham akan menjadi penentang perjuangan dan kedatangan mujadid ini. Bila semua sudah rosak, ertinya semua golongan yang terlibat akan menentang kedatangan mujaddid kurun ini.

Tetapi dengan ilmu ilham yang diberikan oleh Allah dan ketaqwaan yang dimiliki oleh mujaddid tersebut, Insya Allah ia akan sanggup membaiki kerosakan yang ada.

3. CIRI MUJADDID DAN JEMAAHNYA

TERCATAT dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepemimpinannya. ALLAH membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah dan pimpinannya.

Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepada mereka dalam memperjuangkan agama Allah. Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Pengikut mereka, walau sedikit, sangat taat setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaahnya.

Namun begitu walau bagaimana hebat pemimpin dan pengikut-pengikut jemaah itu, mereka tidak dapat menguasai negara, kecuali mujaddid kurun yang pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz.

Selainnya, mereka hanya dapat membangun Islam dalam jemaah dan pengikut-pengikutnya saja sehingga berpengaruh di tengah-tengah masyarakat dan disegani oleh pemerintah di zamannya.

Kerana itulah pemimpinnya selalu diburu oleh pemerintah dan dimusuhi oleh ulama-ulama suk (jahat) di zamannya.

Kebiasaannya, jemaah yang dipimpin oleh seorang mujaddid, ia bukan bertaraf ummah, ia hanya bertaraf tho’ifah (jamaah).

Tho’ifah- tho’ifah inilah yang dilahirkan oleh ALLAH setiap masa, setiap zaman dan setiap kurun dengan tujuan untuk menjaga bara api Islam agar tidak padam.

Inilah diantara mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Akan berlaku di akhir zaman orang yang mempertahankan agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” Riwayat at Tarmizi

Mereka bukan menyalakan api kerana yang dapat menyalakan api hanya di zaman ummah. Tho’ifah hanya dapat menjaga bara api.

Itulah yang dimaksudkan olah Allah dalam firmanNya:

“Mereka [orang-orang] kafir ingin memadamkan cahaya [agama] Allah dengan mulut[ucapan-ucapan] mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang2 kafir tidak menyukainya [As Shaff :8]

Apakah wujud kumpulan thoi’fah ini? Selagi dunia ini ada hingga dunia ini dikiamatkan, tho’ifah pasti wujud sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

‘Akan senantiasa ada tho’ifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah [Kiamat] – Riwayat Muslim

Thoi’fah-tho’ifah ini wujud antara dua zaman ummah [ zaman salafussoleh dalam lingkungan 300 tahun pertama], sampai zaman kebangkitan Islam di akhir zaman. Mereka dapat mewujudkan kebenaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia dan membangun kesyumulan Islam dalam jemaahnya atau zohirina-alal- haq’.

Kenaikan pemimpinnya luar biasa, terpilih bukan hasil pemilihan dan angkat tangan. Mereka juga mempunyai pengaruh ke atas masyarakat serta disegani oleh pemerintah di zamannya. Kumpulan thoi’fah ini yang berjuang di setiap kurun untuk menzahirkan [merealisasikan] kebenaran Islam di dalam seluruh aspek kehidupan dan mereka tidak dapat dilemahkan atau dihancurkan oleh para penentangnya sekalipun mereka bekerja sama untuk melakukannya.”

Di antara ciri yang terpenting adalah setiap mujaddid ini mesti zahir di awal kurun. Sebab itu walau bagaimana hebat sekalipun ketokohan pejuang-pejuang Islam dan memang menepati syarat yang sudah dijelaskan di atas, ia juga tidak dianggap thoifah mujaddid sekiranya ia tidak zahir di awal kurun.

Di antara ciri yang terpenting lainnya adalah perjuangan mujaddid itu mendapat tentangan yang hebat terutama dari kalangan pemerintah dan ulama suk (ulama yang ada kepentingan) di zamannya. Tetapi jemaahnya tidak dapat dihancurkan oleh para penentangnya sekalipun mereka bekerja sama untuk melakukannya, sebab Tuhan yang menjadi pembelanya.

Mereka diberi ilham dan isyarat-isyarat ghaib oleh Allah tentang perjuangan mereka dan usaha-usaha musuh-musuh Islam dalam menentang perjuangan mereka. Kerana itu mereka selalu berada di depan strategi dan perancangan musuh-musuh mereka.

Sebab itu walau bagaimana hebat sekalipun ketokohan pejuang-pejuang Islam dan memang menepati syarat yang sudah dijelaskan di atas, ia tidak dianggap thoifah mujaddid sekiranya ia dapat dihancurkan oleh para penentang-penentangnya.

4. MUJADDID DIBANTU ALLAH DENGAN KARAMAH DAN ILMU ILHAM

MUKJIZAT DAN KARAMAH

Rasulullah SAW bersabda :

‘Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dengan nur Allah” (hadist Riwayat Tarmizi)

Dalam sebuah hadist Qudsi Allah berfirman : Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

“Dan hambaKu yang senantiasa bertaqarrub kepada- Ku dengan nawafil (ibadah sunnat) sehingga Aku mencintainya, maka jadilah Aku seolah-olah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dun sebagai kakinya yang ia bertindak dengannya. Dan andaikata ia memohon pasti akan Kuberipadanya. Dan andaikan ia berlindung kepadaKu, pasti Aku lindungi. ”

Riwayat Imam Bukhari

Apabila seseorang sangat dekat dengan Allah SWT disebabkan ketaatan dan keikhlasannya, hatinya senantiasa bersama Allah, takut, rindu dan cintakan Allah, maka Allahpun dekat dengannya dan melimpahkan rahmat, kebajikan dan kurniaNya.

Allah mengurniakan kepada mereka berbagai kelebihan yang tidak diberikan kepada hamba-hambaNya yang lain.

Diantara kelebihan yang Allah anugerahkan kepada mereka adalah mendapat petunjuk, mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga, mendapat ilmu secara wahbiah (anugerah) tanpa melalui usaha ikhtiar, mendapat kejadian atau peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal sebagaimana Allah mengurniakan mukjizat kepada para Nabi dan RasulNya.

Mujaddid sebagai hamba Allah yang paling bertaqwa di zamannya tentu saja mendapat berbagai kelebihan, bantuan dan pertolongan yang luar biasa dari Allah SWT yang sangat berguna dalam memperjuangkan agamaNya.

Adapun peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal atau di luar adat kebiasaan itu dapat terbagi menjadi 6 bahagian:

1.Mukjizat, yaitu kejadian luar biasa pada diri Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sesudah diangkat menjadi Rasul. Mukjizat dapat dikategorikan menjadi 2 jenis. mukjizat lahir seperti tongkat membelah lautan, tidak merasa panas dibakar, mengerti bahasa binatang, tongkat menjadi ular, membelah bulan dan sebagainya, dan yang kedua mukjizat maknawi misalnya diberi kesabaran untuk mendidik, diberi Al Qur’an untuk mendidik manusia sepanjang zaman dan sebagainya. Mukjizat maknawi ini biasanya diturunkan kepada Rasul-Rasul yang mendidik manusia dan dia lebih bernilai dari pada mukjizat lahiriah.

2. Irhash, yaitu kejadian luar biasa pada diri Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat menjadi Rasul seperti dada dibelah oleh Malaikat tanpa merasa sakit dan sebagainya.

3. Karamah, yaitu kejadian luar biasa pada diri wali-wali Allah dan para mujaddid. Karamah juga dapat dikategorikan menjadi 2 jenis. Yang pertama karamah lahir seperti pandai terbang, mengusap daun menjadi wang, tidak merasa panas dibakar, menghidupkan ayam yang sudah mati dengan doanya dan sebagainya, dan yang kedua karamah maknawi misalnya diberi kesabaran untuk mendidik dan berjuang, diberi ilmu-ilmu untuk mendidik manusia, diberi ilmu-ilmu strategi perjuangan dan sebagainya.

Wali yang berwatak Nabi biasanya Allah beri banyak karamah lahiriah untuk meningkatkan lagi wibawanya di tengah masyarakat, kerana mereka biasanya tidak berjuang dan tidak membangunkan jemaah.

Sedangkan wali yang berwatak Rasul dan para mujaddid yang mendidik manusia lain, biasanya Allah beri karamah maknawiyah untuk memudahkan mereka mendidik dan membawa masyarakat kepada Allah.

4. Ma’unah, yaitu kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang Islam awam. Biasanya terjadi kerana berkat orang bertaqwa.

5. Istidradj, yaitu kejadian luar biasa yang terjadi pada orang Islam fasik, misalnya tidak lut dibakar, ditetak, ditembak dan sebagainya.

6. Sihir; yaitu kejadian luar biasa yang terjadi pada orang kafir/orang Islam sekadar nama misalnya tidak lut dibakar, ditetak, ditembak, membuat orang sakit dari jauh dan sebagainya.

ILMU ILHAM DAN ILMU LADUNI

Kalau para Nabi dan rasul diberi wahyu oleh Allah yang kebenarannya 100%,maka wali-wali Allah diberi jalan singkat oleh Allah untuk memahami ilmu-ilmu Allah secara ilham atau laduni. Iaitu ilmu yang terus dijatuhkan ke hati, tanpa melalui akal.

Allah berfirman : “Bertaqwalah (kepada Allah), niscaya Allah akan mengajar kamu” -Al Baqarah ;282

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kemudahan baginya rezeki dari sumber yang tidak diduga. ” -At Tahrim ;4

Rezeki ini dapat dapat berupa ilmu, wang, makanan, kefahaman, dan lain-lain keperluan lahir batin manusia.

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang mengamalkan apa yang dia tahu, Allah akan mengajarnya apa yang ia tidak ketahui. ”

Ilmu ilham biasanya diberikan kepada wali atau ulama yang berwatak Rasul yakni yang berperanan mendidik dan memimpin umat, termasuk para mujaddid. Sebaliknya ulama yang berawatak Nabi, yang peranannya lebih kepada mendidik diri sendiri dan tidak wajib menyampaikannya pada orang lain, Allah beri ilmu laduni.

Kedua-dua bentuk ini berbeza sedikit dari fungsinya. Ilmu ilham banyak diberi atas keperluan masyarakat umum atau perjuangan semasa.llmu laduni diberi bilamana seseorang itu memerlukannya. Misalnya untuk menghurai suatu ayat A1 Qur’an, wali yang berwatak Nabi akan diberi ilmu laduni untuk memahami dan menghuraikannya bagi keperluan dirinya saja. Tetapi wali yang benwatak rasul atau mujaddid diberi ilmu ilham oleh Allah untuk memudahkan berhadapan dengan kejadian-kejadian dan pernasalahan yang sedang terjadi di masyarakat. Misalnya bagaimana memecahkan masalah sosial di suatu tempat, memecahkan masalah krisis kepemimpinan, krisis ekonomi di suatu negara dan sebagainya.

Dalam memahami tentang ibadah dan mendekatkan diri pada Allah, wali yang berwatak Nabi, ada yang tidak pernah tidur malam sepanjang tahun, hanya tidur sedikit di siang hari saja. Hal ini tidak dapat ditiru dan dicontoh oleh anggota masyarakat secara umum.

Sedang ulama yang berwatak Rasul dan para mujaddid, dalam memahami tentang ibadah dan mendekatkan diri pada Allah, mereka mengatakan bahwa ada 3 (tiga) jenis ibadah :

1. ibadah asas (zakat, puasa, shalat dan sebagainya),

2. fadhailul amal (seperti tahajud, baca Qur’an, berzikir dan sebagainya)

3.ibadah secara umum dimana setiap aktivititi manusia, berniaga, berteknologi, berbincang dan sebagainya, dapat bernilai ibadah dan akan mendekatkan diri manusia kepada Allah asalkan memenuhi 5 (lima) syarat :

1.niat yang betul,

2.pelaksanaannya betul,

3.aktiviti itu betul,

4.natijah (hasilnya) digunakan dengan betul dan

5.tidak meninggalkan ibadah asas.

Dengan konsep ini setiap anggota masyarakat dimudahkan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan masing-masing sesuai dengan pekerjaan dan bidang keahliannya.

Ilmu ilham yang Allah berikan kepada mujaddid dan wali yang berwatak rasul yang memimpin (wali amri) dan berjuang dapat juga berupa berita-berita ghaib yang akan terjadi pada suatu tempat negara, strategi yang sedang musuh lakukan untuk menghancurkan perjuangannya atau berita-berita lain yang akan memudahkan mujaddid atau wali yang berwatak Rasul tersebut untuk menyusun strateginya dalam berjuang membangunkan Islam dan menyelamatkan umatnya.

5. MENENTUKAN MUJADDID

WALAUPUN Al Quran dan Hadis tidak menyebutnya tetapi ulama- ulama telah pun menetap dan menentukan siapa mereka itu. Terdapat khilaf ulama dalam menentukan mujaddid setiap kurun, hanya mereka sepakat terhadap mujaddid kurun pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz, mujaddid kurun kedua : Imam Syafie, mujaddid kurun kelima : Imam Ghazali.

Walaupun perjuangan mereka berbeza waktunya satu dengan yang lain tetapi mempunyai syarat atau faktor penentu kemenangan (taqwa) dan ciri perjuangan yang sama.

Sejak Rasulullah sudah tiga belas kurun berlalu, bemakna tiga belas mujaddid sudah berlalu. Ini mesti kita yakin sebab ianya sudah disabdakan oleh Rasulullah saw. Jadi ulama-ulama telah menentukan siapa mereka itu.

Berdasarkan pendapat mereka seramai tiga belas mujaddid telah berlalu untuk tiga belas kurun. Diantara mereka adalah ;

Mujaddid kurun 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Mujaddid kurun 2 : Imam Syafei

Mujaddid kurun 3 :Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij A1 Iraqi

Mujaddid kurun 4 : Imam Al Baihaqi, SyeikhAbu Hamid Isfaraini As Shafie

Mujaddid kurun 5 : ImamAl Ghazali

Mujaddid kurun 6 : Imam Fakhrurrazi

Mujaddid kurun 7 : Ibnu Daqiqi’Id

Mujaddid kurun 8 : Albalqini

Mujaddid kurun 9 : Imam As Sayuti

Mujaddid kurun 10 : Imam Muhammad Ar Ramli

Mujaddid kurun 11 : Abdullah Salim Al Basri

Mujaddid kurun 12 :Ad Dardiri

Mujaddid kurun 13 :Al-Syarqawi

Mujaddid kurun ini belum disebut dalam kitab sewaktu buku ini ditulis.

Biasanya yang menentukan siapa mujaddid setiap 100 tahun adalah ulama yang sezaman dengannya. Memandangkan dia mempunyai kelebihan- kelebihan dibandingkan dengan ulama-ulama yang lain terutamanya dari segi perjuangannya, keberaniannya, ketaqwaannya dan kepemimpinannya. Sehingga orang dapat taat dengan kepemimpinannya dan memberi kesan kepada masyarakat.


Tetapi ada juga di kalangan mereka sendiri yang mengaku dirinya sebagai mujaddid. Diantaranya ada dua orang yaitu Imam Ghazali dan Imam Sayuti.
Imam Sayuti pemah memberitahu, “Saya rasa di kurun ini sayalah mujaddidnya.”Imam Ghazali juga pernah mengaku. Apakah mereka ini salah? Tidak salah!Kalau realitinya memang begitu.Kalau ALLAH sudah mengilhamkan mereka dan mereka juga sudah diberitahu oleh Rasulullah. Rasulullah yang menetapkan mereka itu sebagai mujaddid. Kemudian mereka mengisytiharkannya.

Ada dua cara mengapa mereka menentukan diri mereka sendiri mujaddid di zamannya. Pertama, mereka layak untuk berijtihad sendiri. Bila dibandingkan dengan ulama-ulama yang sezaman dengan mereka, mereka rasa ALLAH telah memberi mereka kelebihan dari orang lain. Maka merekapun mengisytiharkannya. Kedua, secara kerohanian atau secara ilham mereka mendapat pengesahan dari Rasulullah. Rasulullah sudah memberitahu kepada mereka bahwa merekalah mujaddid di kurun tersebut.Ini tidak hairan, sebab Imam Sayuti mengaku telah bertemu dengan Rasulullah secara yakazah (jaga) sebanyak 75 kali. Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah selalu berada di samping kanannya.Mereka berijtihad, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid. Mereka tidak dikatakan sombong dan takabur. Mengapa? Sebab masih tidak berlawanan dengan sunnah Rasulullah.Hujahnya, Rasulullah pernah satu ketika berkata “Sayalah orang yang paling takut dengan ALLAH” atau “Saya orang yang paling bertaqwa” atau “Saya orang yang pertama masuk syurga” atau “Saya orang yang fasih sekali menyebut dhat” atau “Saya orang yang paling mulia dikalangan orang Arab ataupun dikalangan orang Ajam.”Inilah yang dikatakan “At Thaddus binikmatillah. ” Menyebut nikmat yang realitinya memang berlaku pada seseorang itu. Kalau tidak boleh sukarlah kita nanti.

Katakanlah kita memang seorang Menteri. Kerana ingin tawadhuk, bila ditanya orang, “Apa jawatan tuan di kementerian ini?’ Kita jawab, “saya pegawai kecil saja.” Ini sudah berbohong! Menteri mengaku pegawai kecil konon ingin tawadhuk. Apa salahnya kita katakan “saya Menteri. Mana salahnya?

Tidak salah asalkan jangan berbangga. Kalau hendak berbangga, tidak usah yang itu, benda lain pun kita boleh jatuh kepada khibir. Kita dapat sebuah epal Jika kita berbangga dengan epal itu, maka kita juga akan jatuh dosa.

Kebanyakan dari mujaddid, yang menentukan mereka adalah ulama- ulama yang se zaman dengan mereka, kecuali dua orang saja yang mengaku dirinya sendiri.

Ada juga ulama-ulama yang memberi pendapat bahwa setiap kurun itu ada dua atau tiga orang mujaddid. Tetapi tidak pernah orang mengatakan lebih dari pada tiga.
Ada satu dua kurun saja yang mujaddidnya ada dua atau tiga orang secara serentak. Tapi kebanyakkannya hanya seorang saja.

Melihat keadaan dunia sekarang ini yang begitu kacau dan penuh huru-hara, bukan tidak mungkin Allah kirim kepada umat ini lebih dari seorang mujaddid.

No comments:

Post a Comment