Thursday, March 25, 2010

MAMPUKAH KITA

Di antara mukjizat Rasulullah Muhammad SAW adalah mengalahkan musuh dengan taqwa dan kasihsayang.Yahudi tewas oleh senjata taqwa dan kasihsayang.Senjata ini lebih power dari nuklear dan lebih hebat dari segala jenis teknologi di dunia ini.Siapa yg dpt mengulang sejarah ini,maka dialah ulamak pewaris nabi.

Bagaimanakah akhlak mulia yang lahir dari taqwa dan kasih sayang Rasulullah itu telah berhasil menawan seorang yahudi ?

Disudut kota Madinah tinggal seorang orang tua Yahudi yang buta. Orang Yahudi itu sangat membenci Rasulullah SAW. Kerana terlalu bencinya, dia tidak sanggup mendengar nama Muhammad di sebut orang di sekelilingnya.Telinga dan hatinya terasa sakit bila mendengar nama Muhammad disebut.

Sampailah cerita orang tua buta itu kepada Rasulullah SAW. Lalu beliau mendatangi rumah orang tua buta itu, tanpa memberitahu bahawa yang datang itu adalah Muhammad SAW.

"Apakah yang boleh saya bantu, Pakcik?" tanya Rasulullah SAW.

"Setiap orang bercakap tentang Muhammad, tidak ada yang cakap buruk
tentang Muhammad, padahal aku begitu membencinya. Aku menderita
kerananya".

"Apakah yang boleh saya lakukan agar hati pakcik lega ?"

"Aku tidak mau lagi mendengar nama Muhammad, bawalah aku pergi dari
sini !!

"Kemana ?"

"Kemana saja ! Yang penting aku tidak mendengar lagi nama
Muhammad".

Akhirnya Rasulullah mendukung orang tua buta itu. Sedang orang tua buta itu tidak tahu bahawa yang mendukungnya adalah orang yang paling dia bencinya.

Tibalah Rasulullah kesebuah tempat yang sunyi sepi, tidak ada satupun penduduk yang tinggal disitu. Dengan penuh kasih sayang Rasulullah menyediakan tempat untuk orang tua buta itu tinggal di daerah yang tidak berpenghuni itu.

"Istirahatlah. " kata Rasulullah.

Orang tua buta itu lalu melepaskan penatnya, padahal seharusnya Rasulullah yang beristirahat karena beliau telah mendukung orang tua buta itu. Setelah itu Rasulullah menyediakan tempat untuk orang tua buta itu pula. Tapi karena tingginya cinta Rasulullah kepada manusia sekalipun kepada yang membencinya,beliau mampu melakukan semua itu.

"Bagaimana dengan keperluan harianmu ?" tanya Rasulullah

"Maksudmu ?"
"
Misalnya keperluan makan-minummu. "

"Biarlah aku tidak makan dan mati disini daripada aku harus
mendengar nama Muhammad."

"Kalau begitu, Insya Allah saya akan menghantar makanan untuk pakcik
setiap hari kemari." kata Rasulullah.


Maka sejak saat itu, setiap hari Rasulullah datang untuk mengunjungi si orang tua. Bukan hanya mengantarkan makanan, namun juga menyuapkannya,bahkan Rasulullah memandikannya dan mengurus keperluannya yang lain.

Sampai pada saat Rasulullah sakit dan beliau merasa malaikat maut sudah akan menjemputnya, beliau pun berpesan kepada Sayidina Abu Bakar.

"Wahai Sahabatku, ada seorang Yahudi buta yang hidupnya sendirian, setiap hari aku mengunjunginya, dan jika ajalku tiba gantikanlah tugasku," ujar beliau.

Pada akhirnya ketika Rasulullah SAW wafat, Sy. Abu Bakarlah yang mengurusi orang tua buta itu.Ketika Sy. Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulutnya, orang tua itu menyadari jika yang mengurusnya telah berganti orang.

"Cara kau melayan tak sama macam sebelum ini" kata orang tua
buta itu.

"Bagaimana biasanya?" tanya Sy. Abu Bakar.
"
Biasanya begitu lembut, namun sekarang agak kasar. Engkau orang
lain kah?" Sy. Abu Bakar agak terkejut karena beliau sudah berusaha
selembut mungkin, namun ternyata tetap tidak dapat menandingi kelembutan
Rasulullah.
"
Ya, betul. Sebelum ini yang mengurus pakcik memang bukan saya."
Ujar Sy. Abu Bakar.

"Benarkah? Lantas siapa yang membawaku kemari dan mengurus aku
selama ini ? Kemana dia ? Mengapa kau menggantikannya ?"

"Beliau sudah wafat." Jawab Sy. Abu Bakar dengan sedihnya.

"Oh, menyesalnya aku, selama ini aku belum sempat berterima kasih
padanya," ujar si orang tua buta itu sambil menangis.

"Beliau tidak memerlukan itu."

"Ya, padahal pengorbanannya begitu besar padaku. Setiap hari
diuruskannya segala keperluanku, padahal dia bukan keluargaku, bukan
anakku, bukan cucuku. Dan aku tidak pernah menemukan orang selembut,
sebaik dan secantik dia peribadinya. "

"Tentu saja, dialah peribadi agung yang terbaik di kalangan makhluk
Tuhan, kami berusaha untuk mencontoh peribadinya. "

"Siapakah dia ?" tanya orang tua buta itu.

"Pakcik tak pernah tanya namanya?" tanya Sy. Abu Bakar hairan.
"
Itulah, aku lupa, padahal dia sudah luar biasa baik padaku."
"
Dia adalah Muhammad."

"Muhammad ?" orang tua buta itu terkejut, tubuhnya gementar.

"Muhammad yang membawa agama baru itu ?" tanyanya lagi tak
percaya.

"Iya."
"Berarti Muhammad yang selama ini aku benci......" tangis orang tua buta itu. Berjuta penyesalan memenuhi dadanya hingga ia terasa sesak.

"Adakah manusia yang lebih baik daripada Muhammad ?" Tanyanya,entah pada dirinya atau pada Sy. Abu Bakar.

"Aku telah membencinya dengan sepenuh hatiku karena dia membawa agama baru, namun mengapa malah dia datang padaku dan berkhidmat padaku? Bahkan dia selalu menghiburku sehingga kedatangannya kurindui.".Orang tua buta itu bercakap sambil menangis.

"Siapa namamu ?" tanya orang tua itu kepada Sy. Abu Bakar.

"Abu Bakar."

"Saksikanlah wahai Abu Bakar, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan
selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah," katanya dengan penuh bersemangat.

Tiba-tiba orang tua buta itu terbatuk-batuk, tubuhnya bergoncang-goncang, dadanya dia rasakan semakin sakit.

"Oh...benarlah agama yang dibawanya itu...benarlah risalah yang disampaikannya itu..." katanya semakin perlahan. Tak kuat menahan sakit orang tua buta itu merebahkan tubuhnya sambil terus memegang dadanya.

"Ohh......Aku telah membuat dosa besar, sudikah Tuhan mengampunkan aku?"

"Allah Maha Pengampun dan Muhammad selalu memaafkan orang sekalipun
orang itu belum meminta maaf." Sahut Sy. Abu Bakar.

"Tapi kesalahanku sangatlah besar."

"Seandainya kau tahu, rasa sesalku membuat seluruh tubuhku seperti
hendak mati".

Orang tua buta itu terbatuk-batuk lagi sampai suara batuk yang keras itu lama-kelamaan menjadi mengecil dan akhirnya hilang sama sekali.Bersama dengan berhentinya batuk. Berhenti juga nafasnya.

Orang tua buta itu akhirnya meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW.Yahudi tua yang sangat keras menentang Rasulullah itu akhirnya tewas
oleh ketaqwaan dan kasih sayang Rasulullah. Dia akhirnya mati dalam Islam.

Mampukah kita meniru Rasulullah?
Jauh sekali sikap yang kita amalkan dengan apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah.

Monday, March 15, 2010

AN-NASR

AN-NASR

1- Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan.
2- Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.
3- Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu
dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Mabuk dengan Tuhan


Mabuk dengan TuhaMabuk dengan Tuhan

Karam di laut, boleh jadi lemas, mungkin membawa kepada kematian

Kematiannya mungkin membawa kepada syahid akhirnya

Nampaknya macam malang, tapi masih untung pada seseorang


Karam di dalam percintaan, hidup terumbang-ambing

Menjadikan manusia hidup tidak stabil

Buat apa sahaja serba tidak kena

Penumpuan pada kerja sudah tidak ada

Sering termenung dan murung sahaja

Banyak urusan dan tanggungjawab terbengkalai dibuatnya


Karam dengan dunia manusia terlalu sibuk

Tidak ada masa untuk berehat

Apatah lagi untuk menyembah Allah Taala dan mengingati-Nya

seolah seperti tidak ada ruang baginya

Terkejar kesana, terkejar kesini memburu kebahagiaan dengan kekayaan dunia

Adakalanya makan pun tidak sempat

Dengan isteri pun sekejap-sekejap sahaja hingga isteri pun curiga dan menderita

Kerana kurang dapat bermanja dan belaiannya


Tapi mabuk dengan Tuhan, rasa bahagia di samping rasa takut

Mabuk dengan Tuhan, jiwa tenang fikiran tidak berserabut

tidak karam dan tidak tenggelam dengan dunia


Orang yang cinta Tuhan, cinta pula dengan makhluk-Nya

Kerana cinta Tuhan ramai hamba-hamba Tuhan yang dapat manfaat darinya

Dapat pemurahnya, pertolongannya, kasih sayangnya, rendah dirinya, kerjasamanya, pemaafnya.


Mabuk Tuhan sibuk beribadah kepada-Nya dan hati tidak lupa kepada-Nya

Sibuk juga berkhidmat dengan makhluk dan hamba-hamba-Nya

Sunday, March 14, 2010

MASAALAH EGO

MASAALAH EGO

Selalunya orang yang pandai lagi cerdik pintar pula, bercakap payah merendah diri

Kalau bercakap dengan orang payah mahu mengalah

Pantang tercabar lebih-lebih lagi kalau dicabar egonya datang terserlah

Payah mahu menerima kebenaran dari orang

Bercakap berpanjang-panjangan bertegang urat tidak sudah,

berbahas tidak selesai, tidak ada keputusan

Orang yang begini susah hendak kekal kawan

Kawan selalu sahaja pecah hati, tersinggung perasaan


Orang ini kasihan, kerana hendak pertahankan ego hilang kawan

Ingin berkawan, suka berkawan tapi kawan tidak tahan

Akhirnya ramai kenalan, tapi keseorangan, kawan tidak berkekalan

Begitulah orang yang suka bangga diri

Ego sayang hendak dibuang padahal ia merugikan diri


Bijak, pandai tapi kehilangan kawan

Ramai kenalan tapi sekadar kenalan, kasih sayang hilang

Sungguh sayang, diri terasa pandai tapi tidak ada orang hendak ikut

Kerana sikapnya kasih sayang renggang, kepercayaan orang hilang

Begitulah nasib orang yang sombong

Pandai, bijak tapi orang tidak hendak


Perangilah ego, ia sangat merugikan

Sayang sekali kalau kita pandai namun orang tidak akan ikut juga

Sifat ego itulah orang renggang dari kita

Rendahkanlah diri kita tidak rugi

CARILAH PENILAIAN TUHAN


CARILAH PENILAIAN TUHAN

Untuk menjadi orang yang berilmu dan pandai mudah,

Bertanggungjawab dengan ilmu tidak semudah

Hanya orang yang takutkan Tuhan sahaja yang boleh.


Menjadi orang yang kaya pun tidak susah, berkorban dengan kekayaan tidak mudah

Biasanya apabila kaya jadi megah, sombong pun datang, bakhil pun menyerang


Untuk mencari kemegahan secara dunia mudah,

menjadi orang Tuhan tidak semudah

Sebagai orang Tuhan, dia beribadah, berakhlak, berkorban, berkasih sayang,

pemurah, merendah diri, pemaaf, berkhidmat


Mencari nama dan glamor secara dunia ramai yang boleh, kerana ramai penyokongnya

Tapi ada orang dia patut diberi nama, sebaliknya dihina,

kerana dia beragama, banyak pihak tidak suka


Oleh itu di dunia ini tidak boleh menjadi ukuran menilainya

Ada orang baik dianggap jahat kerana dia orang Tuhan,

ada orang jahat dianggap baik kerana dia disukai orang ramai.


Penilaian di Akhirat, tepat yang sebenarnya

Yang akan patut dibela akan dibela, yang akan patut dihina akan dihina

Semuanya berlaku dengan adil dan saksama

Carilah penilaian Tuhan, janganlah mencari penilaian insan

Apalah ertinya dapat sanjungan manusia di dunia hanya sementara

Carilah sanjungan Tuhan, ia kekal abadi di Akhirat sana


Kalau kita dianggap jahat oleh manusia tidak mengapa, jangan Tuhan yang menganggap begitu.

Janganlah terpesona dengan anggapan baik dari manusia, ia menipu daya

Di Akhirat kelak kecewa, tempatnya Neraka

Carilah kebaikan mengikut tanggapan Tuhan, sekalipun semua makhluk menghina

Penghinaan itu hanya sementara, tanggapan baik dari Tuhan itu sepanjang masa

Carilah redha Tuhan, jangan cari redha manusia


MANUSIA SAMA


MANUSIA SAMA

Pernah kah kepada orang-orang besar lagi berkuasa, sesuatu bala itu akan takut dengannya?

Yang kena timpa hanya pada orang-orang kecil sahaja?

Apakah kepada orang-orang kaya, bala bencana akan lari daripadanya?

Kerana bala malu dengannya.

Apakah mereka tidak pernah dan tidak akan ditimpa bala?

Yang kena hanya pada orang-orang miskin sahaja?

Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!

Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!

Yang kena hanya pada rakyat jelata sahaja


Semua manusia akan ditimpa bala,tidak ada yang berkecuali.

Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia

Agar manusia sedar bahawa ada yang Maha Berkuasa yang menentukan nasib manusia

Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu tidak sama antara satu sama lain

Juga agar manusia itu sedar bahawa besar dan kaya macam mana sekalipun, hakikatnya tidak ada kuasa

Ini menyedarkan manusia walau tinggi kedudukannya agar tawaduk dan merendah diri

Manusia,siapa pun dia, tetap hamba

Hamba itu kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang Maha Kuasa

Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya

Thursday, March 11, 2010

Bahaya Orang Pandai Yang Jahat


Bahaya Orang Pandai Yang Jahat


Kalau orang bodoh telah menjadi jahat, kejahatannya tidak terlalu bahaya

Hanya curi ayam, curi kambing, telur ayam, tipu orang paling banyak ratusan ringgit

Kadang-kadang seluk saku, sambar beg orang, larikan kenderaan orang

Jika orang pandai yang sudah jahat atau yang berkuasa sudah menjadi jahat,

sungguh dahsyat


Duit negara yang dicuri, harta rakyat yang disonglapnya,

wang bank yang dirompaknya

Hendak ditangkap sangat liciknya, macam belut

Ilmunya canggih, alat-alat untuk melepaskan diri sungguh canggih,

susah hendak dihukum


Bahaya orang pandai atau yang berkuasa yang sudah jahat amat dahsyat

Negara boleh terlingkup, rakyat boleh menderita,

negara boleh terdedah kepada musuh dan bahaya

Itulah yang telah berlaku di dunia hari ini

Terutama di negara umat Islam atau negara bekas jajahan


Sudah berpuluh tahun atau beratus tahun penyakit itulah yang berleluasa berlaku,

belum dapat diatasi

Tidak ada jalan keluar, buntu, memeningkan kepala

Di suasana semacam yang ini pencari kebenaran selalunya teraniaya

Terutama golongan yang baik itu cerdik, ada pengaruh dan boleh jadi pemimpin.