Karam di laut, boleh jadi lemas, mungkin membawa kepada kematian
Kematiannya mungkin membawa kepada syahid akhirnya
Nampaknya macam malang, tapi masih untung pada seseorang
Karam di dalam percintaan, hidup terumbang-ambing
Menjadikan manusia hidup tidak stabil
Buat apa sahaja serba tidak kena
Penumpuan pada kerja sudah tidak ada
Sering termenung dan murung sahaja
Banyak urusan dan tanggungjawab terbengkalai dibuatnya
Karam dengan dunia manusia terlalu sibuk
Tidak ada masa untuk berehat
Apatah lagi untuk menyembah Allah Taala dan mengingati-Nya
seolah seperti tidak ada ruang baginya
Terkejar kesana, terkejar kesini memburu kebahagiaan dengan kekayaan dunia
Adakalanya makan pun tidak sempat
Dengan isteri pun sekejap-sekejap sahaja hingga isteri pun curiga dan menderita
Kerana kurang dapat bermanja dan belaiannya
Tapi mabuk dengan Tuhan, rasa bahagia di samping rasa takut
Mabuk dengan Tuhan, jiwa tenang fikiran tidak berserabut
tidak karam dan tidak tenggelam dengan dunia
Orang yang cinta Tuhan, cinta pula dengan makhluk-Nya
Kerana cinta Tuhan ramai hamba-hamba Tuhan yang dapat manfaat darinya
Dapat pemurahnya, pertolongannya, kasih sayangnya, rendah dirinya, kerjasamanya, pemaafnya.
Mabuk Tuhan sibuk beribadah kepada-Nya dan hati tidak lupa kepada-Nya
Sibuk juga berkhidmat dengan makhluk dan hamba-hamba-Nya
No comments:
Post a Comment