Kita sedang memperkatakan tentang surah Al Fatihah. Kita baru sahaja di permukaannya.Ia itu setelah kita membahaskan ayat Bismillahirrahmanrrahim, maka diperlihatkan kepada kita rahmat dan nikmat Tuhan itu adalah terlalu banyak. Terasa yang kita tidak boleh terlepas daripada Tuhan. Kita merasakan yang kita benar-benar hambaNya yang senantiasa mengharapkan bantuan dari Nya. Setiap perkara yang berlaku,maka terhubunglah kita dengan Tuhan. Kalau kita lakukan dengan penuh kesedaran maka munasabahlah, selepas Bismillah, Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Sekarang kita hendak sambung , 'rabbil 'alamin'.
Segala puji hanya untuk Allah...
Setelah kita membahaskan dari Bismillah lagi,maka layaklah puji-pujian itu hanyalah untuk Tuhan sahaja. Orang lain tidak boleh mengambilnya. Kalau kita sandarkan juga pujian pada manusia,maka itu hanyalah pemberian Tuhan kepada orang itu, sebagai saluran Tuhan melalui nikmatNya. Walaupun sebagai saluran, bukan miliknya tetapi Tuhan suruh juga kita memuji, berdasarkan hadis yang mengatakan,
Siapa yang tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat, dia tidak bersyukur kepada Ku.
Jadi walaupun mulut memuji orang itu,tetapi hati kita tetap memuji Tuhan. Kita memuji manusia itu dengan mulut kerana manusia itu ada hak. Pemberian Tuhan itu hak dia yang berbentuk sementara. Sebab itu mulut kita puji tetapi hati kita tetap memuji Tuhan. Jadi kita puji orang itu hakikatnya, secara indirect kita memuji Tuhan yang sebenarnya. Sebagaimana Rasul-rasul yang kadang-kadang memuji dirinya tetapi hakikatnya, hatinya sedang memuji Allah kerana dia hanya memuji nikmat yang Tuhan berikan kepadanya. Ini adalah ulangan supaya ada hubungan dengan apa yang hendak kita ceritakan pada hari ini.
Rupa-rupanya puji-pujian itu hanyalah untuk Tuhan yang orang lain tidak boleh mengambilnya. Kalau pun ada hanya pada nisbi, bukan hakiki.
Jadi kalau nikmat dan rahmat itu adalah segala-galanya dari Tuhan, tidak ada sumber yang lain, maka layaklah Dia itu rabbil 'alamin (mentadbir alam). Jadi layaklah Tuhan itu mentadbir alam atau mendidik alam. Mengapa di sini Tuhan menggunakan 'rabb'?
Orang Arab, kadang-kadang dia panggil tuan rumah itu dengan panggilan rabbul bait.Mengapa Tuhan tidak kata, " Alhamdulillah khaliqul 'alamin? atau 'Alhamdulillahi jaa ilin 'alamin ( Pujian bagi Tuhan yang menjadikan alam).
Sebab, kalau dikatakan 'Khaliqul ataupun jaa 'ilin, Tuhan hanya bertanggungjawab menjadikan alam sahaja, selepas itu dibiarkan. Tidak perlu bertanggungjawab lagi. Tetapi Tuhan menamakan diri Nya Rabbil 'alamin'. Maknanya lebih daripada tanggungjawab,sedangkan 'Kahliqul ataupun 'jaa'ilin, itu maknanya hanya lah satu iaitu hanya bertanggungjawab menjadikan.
Apabila dikatakan pentadbir atau pendidik alam,
- Dialah yang menjadikan,
- Dialah yang mentadbir,
- yang menjaga,
- yang mengurus,
- menjaga keselamatan,
- yang menentukan,
- yang buat ukuran bagaimana untuk mentadbir alam dan seterusnya.
Perkataan 'rabb' di sini ada hubungkaitnya dengan tauhid. Tauhid ada 2 bahagian,
- tauhid rubbubiyah (pentadbiran dan pendidikan)
- tauhid uluhiyah (ketuhanan).
Rubbubiyah itu dari perkataan 'rabb',
Jawapannya ada 2 iaitu:
- Uluhiyah itu bersifat Zat
- Tuhan itu qadim, Kalau Tuhan tidak ada sifat itu, maka Allah tidak layak untuk menjadi Tuhan. (Maha Suci Tuhan).
Ada tak makhluk yang esa, yang tidak boleh dipecah-pecahkan? Tidak ada, maka tidak ada makhluk yang layak untuk menjadi Tuhan.
Sifat uluhiyah itu hanya ada pada Allah maka Allah sahaja yang layak jadi Tuhan.
Rubbubiyah pula:
- ia memerlukan pada sesuatu yang bertambah. Kalau kita katakan Tuhan itu esa, perlukan esa itu bertambah? Tidak.
Tetapi kalau Tuhan itu dikatakan berkuasa, maka ada benda yang kena kuasa. Ada benda yang ditambah atau kena.
Contohnya
- Tuhan itu 'alim, maka ada benda yang Tuhan tahu. Jadi ia bertambah. "alim itu bukan hanya Zat.
- Tuhan berkehendak. Ada yang kena. Maka bila ada benda yang berlaku, maka itu kehendak Tuhan.
Sifat uluhiyah Tuhan ada 6 iaitu:
- wujud, qidam, baqa', mukholafatuhu, qiamuhubinafsih, wahdaniah.
- Bakinya, yang 14 sifat lagi adalah sifat rubbubiyah..
No comments:
Post a Comment