Dengan nama Allah yang Maha Sempurna marilah kita menyambung cerita tentang Al Fatihah, yang bermula dengan ayat Bismillahirrahmanirrahim ini.Semoga dengan mengetahui hikmah dan pengajaran yang terkandung didalam UmmulKitab ini dapat kita manafaatkan apa yang kita baca itu didalam kehidupan kita.
Setiap kebajikan itu,mulakanlah dengan Bismillah. Ertinya didalam satu hari, berapa ratus kali kita membaca Bismillah. Ketika hendak makan, minum, berpakaian, hendak berjalan, kita mulakan dengan Bismillah.
Apakah maksudnya?
Ini adalah supaya kita dapat mempunyai rasa kehambaan. Rupa-rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan. Rasa kehambaan itu sifat tawadhuk yang wajib. Tuhan sangat suka seorang hamba itu dapat merasakan rasa hamba. Bagi yang prihatin, dia menjadi tawadhuk, merasa perlunya dia dengan Tuhan, dia merasakan kalau tidak kerana Tuhan, dia tidak boleh hidup. Disini akan lahirlah pula rasa berTuhan. Akhirnya hati kita akan sentiasa berhubung dengan Tuhan.
Hari ini kita membaca Bismillah, tetapi tidak mencapai matlamat Bismillah itu kerana kita membaca Bismillah sekadar untuk mendapat pahala dari bacaan Bismillah itu sahaja..
- Bila makan minum, penyakit pun banyak.
- Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat.
- Lalai itu adalah satu bala dari Tuhan.
- Buatlah apa sahaja kalau tidak membaca Bismillah, walaupun kita berjaya, Tuhan memberi kejayaan itu dengan cara istidraj.
- Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut yang lain.
- Berniaga maju tetapi orang benci,
- Anak isteri dan keluarga tidak harmoni.
- tarik kasih sayang,
- bila makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.
Tetapi bagi Al Fatihah diwajibkan membaca bismillah kerana ia adalah salah satu ayat daripada surah itu.
Ketika solat sekiranya kita tidak membaca Bismillah, maka batal lah Fatihah itu dan maka batal lah solat kita.
Bila kita membaca Bismillah ini kasih sayang Tuhan.
Al Quran yang isinya ada terkandung di dalam Al Fatihah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh memahami, menghayati dan dapat pula meng`apply'kannya dalam kehidupan kita, itulah rahmat dan nikmat Tuhan yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan akhirat. Begitulah kasih sayangnya Tuhan pada kita.
Patutlah Tuhan mewajibkan kita membaca Bismillah di awal Al Fatihah tidak seperti disurah-surah yang lain.
Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah Rahman dan Rahim Tuhan.
Kita membincangkan ini supaya kita nampak, sebab nikmat yang lahir itu mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Tuhan yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah.
Nikmat-nikmat Tuhan itu ada 3 iaitu
- bersifat lahiriah
- bersifat akal
- dan bersifat roh.
Mata cepat nampak nikmat-nikmat yang berbentuk lahiriah tetapi itu pun payah untuk terasa kebesaran Allah.
Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment