Friday, July 3, 2009

BAIK KAH KITA

  • Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia adalah seorang yang baik, hanya kerana dia datang bersembahyang di masjid sahaja.
  • Belum boleh diukur yang dia seorang yang baik, jika sering bersembahyang berjemaah di rumah Allah.
  • Jangan lagi dilabelkan seseorang itu baik, jika selalu menunaikan haji dan sering membuat umrah berulang- ulang kali.
  • Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang.

Kerana itu semuanya ibarat membuka sebuah ladang:

  • Baru menanam pokok,tidak semestinya bila kita sudah menanam pokok, pokok itu akan berbuah dengan lebat dan banyak.
  • Tidak semestinya menanam pokok, kita akan mendapat hasil yang memuaskan.

Orang yang beribadah tadi, kita lihat dahulu mereka di dalam pergaulannya, bagaimana?

  • Bagaimanakah sikapnya di dalam pergaulan ?
  • Adakah mereka berkasih sayang ?
  • Adakah mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?
  • Bagaimana dia menggunakan lidahnya?
  • Adakah mereka menyakiti orang lain?
  • Menghina orang?
  • Menfitnah orang?
  • Dengan orang miskin dan orang susah adakah mereka menolong dan membantu?
  • Atau buat tidak tahu sahaja dengan kesusahan orang?!
  • Adakah mereka pemaaf?
  • Meminta maaf dan pemurah?
  • Sabar dengan ujian?
  • Redha dengan takdir Tuhan?
  • Adakah mereka mengutamakan diri mereka sendiri sahaja?
  • Atau mengutamakan orang lain?
  • Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang lain?
  • Atau merasa senang dengan kesenangan orang lain ?

Kalau kita dapat menjawab ini dengan baik dan tepat, memang kita akan kenal diantara orang yang baik dan orang yang jahat.

Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik.

Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh.

Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya

Tapi diukur daripada berbuahkah ibadahnya.

Tinggikah peri kemanusiaannya hasil dari ibadahnya itu.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment