Wednesday, October 14, 2009

AYAT IHDINASHIRATALMUSTAQIM BHG 1


Bismillahir rahmanir rahim.


Kawan-kawan yang dikasihi,


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukannya jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan yang sesat.

Kabulkanlah permintaan kami Ya Allah.''

Bila kita merujuk semula pada ayat-ayat yang sebelumnya,setelah Allah memperkenalkan diriNya dan kita benar-benar yakin dengan Nya,barulah Allah menyuruh kita menyembah dan meminta kepada Nya.Bagaimana untuk meminta itu pun Tuhan lah yang ajarkan kerana jikaTuhan tidak ajar,manusia hendak meminta pun tidak pandai.

Bagaimana Tuhan suruh meminta ?

Tuhan menyuruh kita meminta jalan yang lurus,iaitu jalan yang telah diberikan kepada para-para Rasul dan para-para Nabi. Walaupun Tuhan tidak menyebut di situ jalan-jalan para Rasul ,Nabi atau wali-wali tetapi jika kita lihat kepada hadis, hadis ada menyebutnya.

Hadislah yang mentafsirkan ayat itu. Ayat-ayat Al Quran kadang-kadang ditafsir oleh Al Quran itu sendiri,kadang-kadang ditafsir oleh hadis atau oleh athar (pendapat sahabat).

Kalau tidak ada jalan lagi,maka orang akan bersandar dengan ulama-ulama yang ilmunya mantap dan orang-orang yang bertaqwa.

Jadi kalau ada orang berkata, tidak ada didalam ayat itu,menyebut nama-nama Rasul,nabi-nabi atau wali-wali, tetapi ada ditafsirkan oleh hadis yang memaksudkan begitu. Sebab ayat tersebut adalah ayat yang berbentuk umum.

Sebenarnya, mengikut ahli tafsir berdasarkan hadis, ada menyebut jalan itu adalah jalan para Rasul,nabi-nabi dan wali-wali.

Tuhan menyuruh kita meminta pada Nya,yakni meminta kita mencontohi cara hidup para-para Rasul, nabi-nabi atau paling tidak cara orang-orang soleh. Samada kehidupan orang soleh itu disudut akhlaknya,ibadahnya dan lain-lain. Itu pun masih umum.

Bagaimanakah yang dikatakan jalan para Rasul, Nabi atau orang soleh itu?

Sebab itu,didalam mentafsirkan ayat-ayat Quran,yang mana Al Quran tidak mentafsirkannya, terpaksa dicari pula pada hadis.

Di sini tidak dikhususkan,kehidupan para nabi-nabi itu,di sudut yang bagaimana.

Adakah dimaksudkan itu pada ibadahnya, ilmunya dan akhlaknya? Itu tidak ditetapkan. Ia memerlukan huraian. Kalau Al Quran tidak menyebut maka kenalah kita melihat kepada hadis pula.

Jalanraya di dunia ini kita tempuh untuk matlamat dunia. Mungkin dengan tujuan ekonomi, politik atau lain-lain hal yang berkaitan dengan dunia.

Bila dikatakan jalan, ia ada panduan jalanraya,ada papan tanda yang ada maksud-maksudnya,ada disiplin jalanraya. Bila orang menggunakan jalanraya itu,apa yang berlaku?

Kadang-kadang kita lihat ada orang 'accident',masuk kedalam gaung dan ramai juga yang selamat.

Itulah sifat jalanraya. Oleh kerana jalanraya di dunia ini bersifat 'maddi', maka matalah yang melihat.

Oleh kerana ia boleh dilihat oleh mata maka ia mudah dibantu oleh akal fikiran.

Yang selamat lebih banyak dari tidak selamat.Walaupun surat khabar melapurkan kemalangan yang menakutkan tetapi peratus mereka yang selamat dan tidak accident lebih banyak daripada yang tidak selamat.

Begitulah jalan Tuhan. Adakalanya mata dan akal tidak boleh melihatnya.Yang boleh melihat jalan Tuhan ialah roh. Cuma kadang-kadang akal membantu juga. Cuma akal itu boleh membantu hati atau roh tadi.

Ia bersifat rohaniah dan maknawyiah. Sedikit sahaja yang bersifat rohaniah, yang mata boleh melihat.

Sudah kita katakan tadi, bila dikatakan jalan,samada jalan lahir atau jalan maknawiyah ,ia ada peraturan dan syarat-syaratnya.

Kalau jalan di dunia yang bersifat lahiriah, yang mata boleh melihat, dan boleh dipandu oleh akal itupun berapa masih banyak 'accident' dan orang masuk kedalam gaung.

Apatah lagi jalan menuju Tuhan yaitu jalan menuju akhirat yang bersifat rohaniah, yang tidak dapat dilihat oleh mata,bahkan adakalanya akal pun tidak dapat melihat,maka tentu lebih banyak orang yang akan tersasar.

Kalau jalanraya dunia orang yang selamat itu seramai 95% dan tidak selamat 5%.

Jalan Tuhan itu pula adalah sebaliknya.Iaitu sebanyak 5% orang yang selamat dan 95% yang tidak selamat. Kenapa?

Ini kerana jalan Tuhan itu perlu kita tempuh pada setiap detik.Maka sudah tentu halangan nya terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita berwaspada pada setiap detik.Jalanraya dunia yang bukan selalu kita tempuh dan yang boleh kita lihat dengan mata kepala itu pun sudah banyak berlaku kemalangan-kemalangan.Inikan pula jalan Tuhan yang berbentuk maknawi dan hanya sedikit sahaja yang boleh dilihat dengan mata kepala.

Apakah kita boleh selamat atau pun tidak?

Maka kalau kita tidak faham peraturan jalanraya Tuhan.Kalau kita tidak faham di mana tempat-tempat yang hendak dituju.Ada kemungkinan kita akan tersesat jalan dan tersasar dari apa yang Tuhan kehendaki.Kerana ia bersifat rohani atau maknawi.

Bersambung.......



4 comments:

  1. Salam warahmatullah..

    semoga jalan yg lurus itu sentiasa berdada di hadapan kita..

    Hidayah ALLAH nikmat terbesar. Dan jalan yg urus itu memg bukan milik kita..

    Semoga terus diberi ptunjuk.. :) nice post.

    ReplyDelete
  2. salam

    makcik pernah dengar ceramah yg mengatakan perkara "tunjukkanlah kami ke jalan yg lurus"...dimana lurus bukan bermaksud "straight" tetapi bermaksud "benar". Jika di padang pasir yg luas terbentang, utk mencari arah yg sebenar adalah tidak dengan bergerak lurus tetapi mengikut kesan2 kafilah yg telah sampai ke matlamatnya...dgn kata lain mengikut mereka yg sudah berjaya..

    Likewise, utk kita berada di jalan yg sebenar(yg diredhoiNya), kita meminta untuk ditunjukkan jalan/cara hidup/kerja org2 yg telah Allah swt beri nikmat supaya dapat kita ikuti cara kerja mereka, supaya kita juga dapat keredhoanNya.

    Siapakah org yg telah Allah swt beri nikmat? Dlm surah An-Nissa' ayat 69 dinyatakan definasi orang yg Allah beri nikmat
    "Dan sesiapa yg taat kpd Allah dan RasulNya, maka mereka akan ditempatkan disyurga bersama2 org2 yg telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi2, dan org2 Siddiqin, dan org2 yg Syahid, serta org2 yg Soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada org2 yg taat)."

    Penceramah kata, diwajibkan kita setiap hari utk meminta pada Allah jalan kehidupan/kerja keempat2 golongan ini iaitu jalan kehidupan Nabi2, Siddiqin, Syahidin dan Solehin...paling kurang 17 kali setiap hari (iaitu bila kita diwajibkan membaca Al-Fatihah dlm 17 rakaat solat fardhu).

    Siapakah keempat2 golongan ini dan apakah kerja mereka?

    1- Nabi2...apabila sebut shj nabi2, kita takkan menyangkal lagi yg kerja mereka ialah bersusah payah membuat kerja dakwah, mengajak manusia mentauhidkan Allah...dimana apabila manusia mentauhidkan Allah, mereka akan mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya.

    Surah Yusuf (108)
    "Katakanlah( wahai Muhammad):" Inilah jalanku, aku dan orang2 yg menurutku, menyeru manusia umumnya kepada Allah berdasarkan bukti yg jelas dan nyata..."

    2- Siddiqin...baca Surah Al-Hujurat (15)
    Terjemahan "Sesungguhnya orang yg sebenar-benarnya beriman hanyalah orang2 yg percaya kpd Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dgn) tidak ragu2 lagi, serta mereka berjuang dgn hartabenda dan jiwa mereka pd jalan Allah; mereka itulah org2 yg benar/sodiqun (pengakuan imannya).

    Penceramah mengatakan kerja para Siddiqin ialah mereka berjuang dgn harta dan jiwa mereka pd jln Allah...bukan beri harta saja tetapi dgn diri sekali iaitu korbankan masa sendiri, korban nafsu dan perasaan sendiri...yakni rela diri disusahkan demi berjuang di jalan Allah.

    3-Syahidin...sudah tentu kerja golongan ini juga adalah berjuang hartabenda dan diri untuk jalan Allah...untuk meninggikan kalimah Allah, utk mentauhidkan Allah, utk bawa umat kenal pada Pencipta yg maha mencipta..

    4-Solehin...utk definasi Solehin, teliti Surah A-li Imraan (114)
    Terjemahan "Mereka beriman kpd Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik, dan melarang dari segala perkara yg salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera mengerjakan berbagai2 kebajikan. Mereka (yg demikian sifatnya), adalah dari org2 yg soleh.

    Jadi penceramah kata, Al-Quran dah bagitahu definasi kerja Nabi2, Siddiqin, orang2 Syahid, dan Solehin...dimana kerja keempat2 golongan yg Allah beri nikmat ini adalah berjuang dgn hartabenda dan diri untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah dan seterusnya mentaatiNya iaitu mengamalkan yg maaruf dan meninggalkan yg mungkar.

    Penceramah berkata lagi, sebenarnya kita minta taufiq/petunjuk untuk buat kerja dakwah ini...17 kali setiap hari kita minta kerja ini tetapi mengapa dalam masa yg sama kita mengata2 atau mengutuk2 mereka yg bersusah payah keluar dijalan Allah 3 hari, 40 hari, 4 bulan, setahun untuk belajar usaha nabi2, belajar usaha sahabat utk korban hartabenda dan diri demi agama masuk kedalam diri mereka dan diri umat keseluruhannya?

    Wallahualam. Tasbihkifarah.

    ReplyDelete
  3. syauqahwardah: terimakasih atas komen dan kerana sudi menyinggah ke blog saya.semoaga kita diberi petunjuk dan pimpinan dari tuhan yang empunya petunjuk dan pimpinan tersebut.

    ReplyDelete
  4. wsllmkm makcik: nasib baik kat sini tak de program kutuk mengutuk kalau tak tentu jenuh saya nak berjawab denagn makcik he he.teriam kasih kerana sudi memberi komen yang sangat2 membantu.

    ReplyDelete